klsmc_admission

Pejabat Daftar Kemasukan dan Discaj

Lokasi: Tingkat 5 KLSMC.

Waktu Dibuka:

  • 0900 pagi hingga 1700 petang (Isnin – Jumaat)
  • 0900 pagi hingga 1300 petang (Sabtu)
  • Tutup pada Ahad dan Cuti Umum

Panduan Daftar Kemasukan

Berikut adalah item yang diperlukan untuk pendaftaran masuk KLSMC:

  • Surat Kemasukan dari Pakar Bedah /Doktor.
  • Kad Pengenalan atau Pasport (untuk warga asing) / Sijil Lahir atau MyKid (bagi kanak-kanak bawah 12 tahun).
  • Surat Jaminan dari Syarikat Bekerja / Syarikat Insurans atau wang pendahuluan, untuk pesakit bayar sendiri.
  • Keputusan Imbasan sinar-X, CT dan MRI serta ujian makmal.

reception

Syarat Kewangan

Pendahuluan (Bayar Sendiri)
Pembayaran Wang Pendahuluan boleh dibuat dalam bentuk Draf Bank, Tunai atau Kad Kredit (VISA, Master & Diners Club sahaja) manakala cek peribadi tidak diterima. Jumlah wang pendahuluan bergantung kepada jenis pembedahan yang akan dilakukan. Sebaik pembedahan telah disahkan, Pakar Bedah/doktor akan memberi nasihat kepada pesakit tentang anggaran kos pembedahan. Jika berlaku jumlah berlebihan dalam anggaran wang pendahuluan, maka ia akan dikembalikan dalam bentuk cek dalam masa 14 hari bekerja selepas daftar keluar.

Surat Jaminan
Kami menerima Surat Jaminan (Guarantee Letter) dari badan korporat / syarikat insurans yang telah pun mempunyai kemudahan kredit dengan KLSMC.

Untuk pemerosesan Surat Jaminan yang cepat bagi pemegang Medical Insurance Health Card, pesakit dinasihatkan membuat prapendaftaran di Pejabat Daftar Kemasukansebaik sahaja pembedahan telah disahkan. Kami akan membantu pesakit mendapatkan Surat Jaminan daripada syarikat insurans. Keputusan terakhir, sama ada untuk menerima atau tidak menerima pendaftaran kemasukan tanpa wang tunai akan hanya dibuat oleh syarikat insurans berkenaan. Jika ditolak oleh syarikat insurans, pesakit akan dikira sebagai pelanggan yang membayar sendiri, bermakna pembayaran penuh terhadap bil mesti dilakukan. Bagi jenis pesakit dan pelanggan yang memerlukan Surat Jaminan daripada Majikan, dalam situasi bila mana pesakit tidak berupaya mempamerkan Surat Jaminan yang sah ketika waktu daftar kemasukan, pelanggan perlu membayar sejumlah wang pendahuluan terlebih dahulu.

Sewaktu daftar keluar nanti, pesakit juga perlu menjelaskan bayaran lebihan, iaitu perbelanjaan peribadi atau perkara tidak diliputi seperti yang dinyatakan dalam Surat Jaminan atau polisi insurans.

Panduan Discaj
Waktu daftar keluar kami ialah pada 1200 tengah hari. Caj tambahan 50% akan dikenakan daripada kadar bayaran bilik jika pesakit mendaftar keluar melebihi 1200 tengah hari sementara caj sehari penuh dikenakan kepada pesakit yang mendaftar keluar selepas 1700 petang. Bil lengkap akan disediakan sehari awal buat pelanggan yang ingin mendaftar keluar pada hujung minggu atau cuti umum untuk dibayar sepenuhnya sebelum pulang.