articular_cartilage

Apa itu rawan artikular?

Rawan artikular adalah tisu lembut berwarna putih yang menyelaputi hujung tulang pada sendi seperti lutut. Rawan artikular berfungsi sebagai penyerap hentak dan pelincir yang mengurangkan geseran antara tulang ketika pergerakan sendi.

Apakah penyebab lazim kepada kecederaan rawan?

Kecederaan rawan boleh berlaku pada sendi tibiofemoral atau sendi patelafemoral. Punca utama kecederaan rawan adalah trauma, penghausan tisu rawan (wear and tear) dan lain-lain lagi.

Sendi Tibiofemoral

  • Maljajaran (perubahan bentuk sendi varus atau valgus
  • Ketidakstabilan
  • Kecederaan pada rawan miniskus

Sendi Patelafemoral

  • Maljajaran patela
  • Sindrom Plika

Apakah kaedah rawatan yang sedia ada untuk merawat kecederaan rawan?

Kaedah rawatan sedia ada untuk kecederaan rawan ialah pengendalian tahap kesakitan pesakit, pembedahan pembaikan rawan atau penggantian total sendi lutut. Teknik ‘mircrofracture’ merupakan satu rawatan yang disyorkan di Amerika Syarikat. Tekik ‘microfracture’ adalah satu teknik stimulasi sumsum, di mana fraktur-fraktur halus dibuat pada tulang subkondral bagi merangsang dan menarik tisu sel stem dari tulang sumsum agar terkumpul pada kawasan rawan yang rosak, dan seterusnya menjana pembaikpulihan tisu. Teknik ini mudah dan kos efektif tetapi hanya menjana semula rawan berserat (fibrocartilage). Disebabkan rawan berserat tidak mempunyai cirir yang menyerupai tisu asal rawan iaitu rawan hialin, umumnya ia akan mengalami kerosakan dalam tempoh 2 tahun.

Penyelidikan kami dalam penjanaan semula rawan artikular menggunakan sel stem telah menunjukkan hasil penjanaan semula rawan hialin (hyaline) manakala kaedah konvensional hanya mampu menjana semula rawan berserat.

Mengapakah kecederaan rawan tidak boleh sembuh seperti tisu-tisu lain?

Kecederaan rawan sukar disembuhkan secara semulajadi. Ini disebabkan bekalan darah yang amat terhad di dalam tisu rawan. Oleh itu, akses sel stem pada kawasan rawan adalah terhad dan keadaan ini telah menyukarkan penyembuhan secara semulajadi oleh badan.

Apakah kelebihan Terapi Sel Stem jika dibandingkan dengan Penggantian Lutut bagi kecederaan rawan dan osteoartritis?

Pembedahan penggantian sendi lutut sepenuhnya adalah kaedah rawatan yang amat baik bagi pesakit osteoarthritis pada tahap yang kritikal. Pembedahan ini terbukti dapat memperbaiki pergerakan sendi dan memudahkan perlaksanaan kehidupan harian. Pesakit juga boleh menikmati kelegaan daripada kesakitan dan seterusnya,membolehkan mereka berhenti menggunakan ubat penahan sakit. Prostesis yang digunakan didalam pembedahan penggantian sendi lutut total boleh bertahan sehingga 15 hingga 20 tahun. Selepas tempoh tersebut, pembedahan ulangan diperlukan oleh pesakit. Walau bagaimanapun, selepas melalui pembedahan ini, pesakit tidak lagi boleh berlari, melompat atau menjalani kegiatan aktif.

Oleh itu, terapi sel stem merupakan kaedah yang inovatif dalam rawatan kecederaan rawan dan osteoartritis. Ia memberi solusi yang lebih menarik kerana ia mampu memulihara anatomi lutut menerusi penjanaan semula rawan. Ia juga merupakan pilihan yang lebih baik buat pesakit yang ingin kembali ke arena sukan atau menjalani gaya hidup yang aktif.

Prosedur Kami

Apakah prosedur rawatan sel stem di KLSMC?

Sila rujuk gambarajah berikut untuk prosedur dan langkah-langkah rawatan sel stem.

KLSMC Treatment Procedure Infographic

Muat Turun Gambarajah Penuh