KLSMC Stem Cells Sdn. Bhd., adalah anak syarikat Kuala Lumpur Sports Medicine Centre yang diperbadankan pada tahun 2005. Syarikat ini ditubuhkan khusus untuk mengemudi penyelidikan terapi sel stem untuk sistem muskuloskeletal. Beberapa siri kajian penyelidikan perubatan telah dijalankan di mana kajian perintis manusia bermula pada tahun 2007.

Beberapa kajian klinikal yang diketuai oleh Dr. Saw Khay Yong (Pakar Bedah Perunding Ortopedik dan CEO) telah mendedahkan penemuan bersejarah: Rawan hialin boleh dijana semula melalui intervensi pembedahan, fisioterapi dan suntikan sel stem yang diambil dari darah pesakit sendiri.

Paten hakcipta dari Amerika Syarikat (AS) telah difailkan pada awal 2010 (Patent Number: US 8,377,432 B2: Method and composition for neochondrogenesis) untuk teknologi sel stem tersebut dan ianya telah diluluskan pada 2013.

Muat Turun Maklumat Paten di Sini

Usaha Perkongsian

Agensi Innovasi Malaysia
KLSMC Stem Cells Sdn. Bhd. telah bekerjasama dengan Agensi Innovasi Malaysia pada tahun 2013.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI)
MOSTI telah membiayai sebahagian percubaan rawak terkawal yang bermula pada tahun 2009 menerusi Technofund.

Taylor’s University
Satu MoU telah ditandatangani dengan Taylor’s University pada tahun 2011 bagi usahasama penyelidikan asas.

Anugerah

Antara anugerah yang diterima oleh KLSMC adalah:

  • BIONEXUS INNOVATION AWARDS 2013 untuk inovasi yang dihasilkan KLSMC Stem Cells Sdn. Bhd. berkaitan terapi sel stem dalam penjanaan semula rawan ketika BioEconomy Asia Pacific Exhibition and Conference 2013 (Johor Bahru, Malaysia; 21 Oktober 2013).
  • SUBIR SENGUPTA BEST PUBLISHED CLINICAL PAPER AWARD 2012 untuk penerbitan artikel hasil penyelidikan yang bertajuk, “Articular Cartilage Regeneration with Autologous Peripheral Blood Progenitor Cells and Hyaluronic Acid After Arthroscopic Subchondral Drilling: A Report of 5 Cases with Histology” di Malaysian Orthoapedic Association Annual General/ Scientific Meeting 2012 ke-42 (Pahang, Malaysia; 14-17 Jun 2012).
  • NICOLA’S AWARD 2008 untuk “Neochondrogenesis & Role of Stem Cells: An Experimental Study in Goat Model” ketika mesyuarat ke-5 European Federation of National Associations of 2008 Orthopaedic Sports Traumatology (Antalya, Turkey; 26-30 Disember 2008).
  • BIOINNO AWARDS 2008 untuk kajian perubatan mengenai “Articular Cartilage Regeneration with Stem Cells” di BioMalaysia 2008 (Kuala Lumpur, Malaysia; 7-9 Oktober 2008).