• 1. Adakah KLSMC sebuah hospital?

    Ya, KLSMC adalah sebuah hospital swasta sehenti yang merawat kecederaan sukan dengan tumpuan kepada perubatan sukan dan rawatan ortopedik. Pesakit boleh menikmati semua kemudahan sebuah hospital bertaraf dunia seperti rawatan pakar, wad pembedahan, pembedahan dan fisioterapi.

  • 2. Adakah KLSMC hanya mengendalikan kes perubatan sukan atau bolehkah saya berkunjung bagi mendapat rawatan kesihatan lain?

    KLSMC merupakan pusat perubatan yang menawarkan perkhidmatan perubatan dan kesihatan dalam pelbagai bidang ortopedik. Untuk mendapatkan bantuan doktor, sila lawat laman direktori perunding kami atau tinjau dengan ringkas peta lokasi bangunan kami. Selain itu, anda juga oleh menghubungi meja Khidmat Pelanggan +603 2096 1033 untuk mendapatkan nasihat.

  • 3. Bagaimana jika saya hanya mahu rawatan fisioterapi?

    Semua pesakit akan dirujuk kepada doktor KLSMC untuk penilaian sebelum sebarang sesi fisioterapi disarankan. Ikhtiar awal ini adalah untuk memperoleh diagnosis yang tepat dan rawatan paling sesuai dapat diberikan.

  • 4. Berapa lama setiap sesi fisioterapi dikendalikan?

    Ia banyak bergantung kepada keadaan pesakit. Bagi kes selepas pembedahan, sesi fisioterapi mungkin mengambil masa sehingga 2-3 jam. Sesi fisioterapi am hanya mengambil masa sekitar 30-45 minit untuk satu sesi. Bilik mandi disediakan untuk kegunaan pesakit.

  • 5. Adakah saya memerlukan referal untuk menjalani rawatan di KLSMC?

    KLSMC umumnya pusat rujukan tertiari iaitu pesakit biasanya datang ke sini untuk pendapat kedua, ketiga atau akhir. Walau bagaimanapun, kami menerima pesakit yang datang untuk rundingan kali pertama.

  • 6. Berapa kos untuk rawatan pesakit luar?

    Kos berbeza dari kes ke kes, bergantung kepada jenis ujian makmal dilakukan serta jenis imbasan atau ubat yang ditetapkan. Selepas berunding, anda akan dimaklumkan tentang anggaran kos tambahan jika anda dirujuk bagi menjalani imbasan / ujian tambahan.

  • 7. Adakah kerusi roda disediakan untuk pesakit luar yang datang untuk janji temu mereka?

    Kerusi roda boleh diperolehi di klinik kami. Sila hubungi talian umum +03 2096 1033 sebelum tiba supaya kami dapat mengaturkan petugas rencam untuk bertemu dengan anda di pintu masuk tingkat bawah.

  • 8. Adakah pihak KLSMC menerima Surat Jaminan (GL) untuk pesakit luar (outpatient) dan pesakit dalam (inpatient)?

    Ya, GL dari syarikat-syarikat yang mempunyai kemudahan kredit (pelanggan korporat) dengan KLSMC diterima. Sila hubungi petugas meja depan kami atau Jabatan Kawalan Kredit di 03-2089 5263 untuk pengesahan GL anda.

  • 9. Bagaimana cara memohon menjadi pelanggan korporat KLSMC?

    Sila hubungi Kawalan Kredit kami di e-mel melvinphoon@klsmc.com atau marketing@klsmc.com untuk maklumat selanjutnya.

  • 10. Bagaimanakah untuk mendapat laporan perubatan bagi membuat tuntutan insurans perubatan?

    Anda boleh menyerahkan borang tuntutan atau dokumen berkaitan kepada Pejabat Depan klinik doktor berkenaan. Petugas di sana akan membantu menyelaras dan memaklumkan tentang caj yang berkaitan. Mereka akan menghubungi anda sebaik sahaja dokumen berkaitan siap untuk diambil.

  • 11. Berapa kali perlu saya datang untuk janji temu susulan selepas pembedahan?

    Ia banyak bergantung kepada jenis pembedahan dan kemajuan pemulihan pesakit. Bagi sepanjang tempoh bulan pertama, pesakit mungkin diperlukan datang berjumpa doktor untuk penilaian mingguan dan menjalani sesi terapi harian/atau selang sehari.

  • 12. Apakah yang perlu saya bawa ketika Daftar Masuk?

    Kami memerlukan Surat Daftar Masuk dan Kad Pengenalan atau Pasport untuk pendaftaran. Anda boleh membawa pakaian sendiri, bahan bacaan, dan lain-lain untuk keselesaan anda. Kami menyediakan gaun hospital, pengering rambut, air minuman kepada pesakit. Sebuah risalah ‘Panduan Sebelum Pembedahan’ akan diberikan kepada pesakit semasa janji temu penilaian pra-pembedahan dengan doktor. Ini biasanya dilakukan sehari sebelum pembedahan.

  • 13. Bolehkah saya ditemani rakan atau ahli keluarga ketika di wad selepas pembedahan nanti?

    Kami mempunyai sofa rekaan khas yang boleh ditukar menjadi katil sofa di mana-mana bilik Single hinggalah ke Bilik Suite. Namun teman tidak digalakkan bermalam di Bilik Katil Kembar untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada pesakit bersebelahan.

  • 14. Di manakah tempat menjamu selera bagi keluarga dan rakan semasa mereka melawat atau menemani saya?

    The Kita Restaurant menawarkan pelbagai menu masakan Fusion. Pelawat boleh memilih untuk makan di restoran di Tingkat Bawah atau membuat pesanan perkhidmatan ke bilik. Menu disediakan di dalam wad.

  • 15. Bagaimana ke KLSMC dengan menaiki pengangkutan awam?

    Anda boleh menaiki bas, teksi atau Light Railway Transit (LRT) dan MRT untuk sampai ke KLSMC. Stesen MRT terdekat ialah Stesen Semantan. Pusat transit utama adalah di stesen Kuala Lumpur Sentral, di tengah bandaraya. Dari sana ke KLSMC dengan teksi hanya mengambil masa 5-10 minit. Anda boleh menaiki bas komuter Rapid KL yang sampai terus ke KLSMC.

  • 16. Di manakah tempat menyimpan barang berharga ketika di wad?

    Sebaiknya, pesakit dinasihatkan tidak membawa barang berharga. Jika terpaksa, anda digalakkan menyimpan barang berharga tersebut di dalam kotak keselamatan yang disediakan. Walau bagaimanapun, pihak hospital tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan harta benda peribadi.

  • 17. Bolehkah saya merokok di kawasan premis hospital?

    Dilarang merokok di mana-mana kawasan premis hospital.