klsmc_hand_limb

Di Unit Tangan, anda bakal menikmati penilaian komprehensif serta rancangan rawatan ikut kesesuaian . Berdasarkan keadaan kes, terapi dan pemulihan intensif mungkin diperlukan bagi memastikan kesembuhan penuh serta pencapaian semula fungsian tangan yang optimal.

Masalah Lazim Tangan

Artritis pada Tangan

  • Osteoartritis
  • Artritis Reumatoid
  • Artritis Gout

Sindrom Tekanan Saraf

  • Sindrom Terowong Karpus
  • Sindrom Terowong Kubital
  • Sindrom Tekanan Gerbang Toraks

Bengkak Tendon

  • Tendinitis
  • Jari Picu

Kesakitan Pergelangan Tangan & Siku

  • Kecederaan TFCC
  • Siku Tenis

Bengkak & Tumor pada Tangan

  • Sista Ganglion

Jangkitan

  • Paronikia

Melecur & Kontraktur Lecuran

Kecederaan pada Tangan, Pergelangan Tangan, Siku dan Bahu

  • Fraktur, Laserasi Saraf dan Tendon, Amputasi

Apa itu Terapi Tangan?

Terapi Tangan ialah sebuah program khas yang direka untuk memberi gerakan dan aktiviti senaman bagi membantu memulihkan fungsian dan kegunaan tangan. Pakar Terapi Tangan adalah Fisio atau Pakar Terapi Pekerjaan yang terlatih dalam Pemulihan Anggota Badan Atas. Pencapaian keputusan yang baik dalam ikhtiar rawatan kecederaan tangan merupakan daya usaha berpasukan yang melibatkan Pesakit, Pakar Bedah Tangan dan Pakar Terapi Tangan.

Mengapa perlu nasihat daripada Pakar Bedah Tangan?

Anggota tangan manusia memerlukan deria sensasi dan gerakan. Deria sensasi bergantung kepada fungsian kulit, saraf dan bekalan darah. Gerakan pula bergantung kepada pergerakan sendi, gelongsor tendon dan pengecutan otot. Apabila timbul masalah pada tangan, penjagaan rapi mesti diberikan kepada semua jenis tisu yang melengkapi fungsian tangan.

Prosedur khusus Tangan yang selalu dijalankan:

  • Pelepasan Endoskopik Terowong Karpus
  • Pembaikan Pembedahan Mikro terhadap Saraf dan Arteri
  • Rawatan Sel Stem untuk penjanaan semula Rawan Pergelangan Tangan / Sendi Tangan
  • Artroskopi Pergelangan Tangan dan Siku
  • Penggantian Sendi Kecil – PIP, MCP, 1st CMC dan Penggantian Sendi Pergelangan Tangan
  • Pembaikan Tendon Fleksor Jalur Enam (six strand)
  • Pollicisation terhadap anggota tangan yang ketiadaan ibu jari
  • Pelepasan Sindaktili untuk Digit Tercantum Kongenital
  • Pembangunan Semula Ligamen Pergelangan Tangan
  • Jika anda ingin membuat temujanji, sila dail +603 2096 1033 atau hantar email menerusi pautan berikut.

  • Buat Temujanji

Pakar Bedah Tangan & Anggota Badan Atas

Dr_Ranjit_small
Dr. Ranjit Singh GILL
MBBS (Malaya), FRCS (Edinburgh), FRCS (Glasgow), AM (Malaysia)
Fellowship in Hand and Microsurgery (Louisville, USA)