Polisi Privasi bagi Kuala Lumpur Sports Medicine Centre

Polisi Privasi ini (dan pindahan yang dibuat dari semasa ke semasa) (“Polisi Privasi”) menggariskan dan menjelaskan polisi-polisi dan prinsip-prinsip yang berkaitan dengan data peribadi yang kami pegang daripada anda, yang dimana sebagai pelanggan atau pesakit kami atau individu yang memberikan data peribadi atau apa-apa maklumat yang menjadi hal perkara dalam Polisi Privasi ini kepada kami. Polisi Privasi ini menyatakan cara kami menguruskan data peribadi anda termasuk cara kami mengumpul, memproses, mengguna, menzahir (mendedah), memindah dan menyimpan data peribadi anda. Polisi Privasi ini terpakai kepada operasi harian kami termasuk pelawat laman web kami.

Perkhidmatan kami yang disediakan kepada anda adalah mengikut Terma-terma dan Syarat-syarat Perkhidmatan, polisi-polisi dan peraturan-peraturan yang telah dikeluarkan atau yang akan dikeluarkan oleh kami dari semasa ke semasa, dan Polisi Privasi ini hendaklah dibaca  dalam konteks terma-terma dan syarat-syarat, polisi-polisi dan peraturan-peraturan tersebut setakat mana yang relevan dan terpakai. Dalam keadaan-keadaan tertentu, Polisi Privasi ini boleh ditambah dengan polisi-polisi tambahan, atau notis yang ringkas atau kenyataaan yang berkaitan dengan tujuan/tujuan-tujuan tertentu atau dalam apa-apa borang yang dikeluarkan oleh kami dari semasa ke semasa.

Polisi Privasi ini berfungsi sebagai notis bertulis kepada anda mengikut Prinsip-prinsip Data Peribadi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”). Polisi Privasi ini juga berfungsi sebagai notis bertulis (dimana yang dikehendaki dalam konteksnya) bagi data peribadi individu-individu yang lain yang bukan seorang pelanggan atau pesakit kami tetapi datanya diperlukan oleh kami atas sebab-sebab atau bersampingan dengan penyediaan perkidmatan kami kepada pelanggan atau pesakit kami. Sila meneliti and semak semula Polisi Privasi ini dari semasa ke semasa supaya anda sedia maklum dengan hak-hak dan perlindungan yang diberikan kepada anda di bawah Akta ini.

Dengan melayani laman web ini dan/atau dengan mengemukakan data peribadi anda kepada kami,  anda telah bersetuju untuk menurut and tersikat oleh Polisi Privasi ini dalam pemprosesan data peribadi anda seperti mana yang digariskan dan dijelaskan dalam Polisi Privasi ini.

(Dalam Polisi Privasi ini, terma “kami” merujuk kepada Kuala Lumpur Sports Medicine Centre atau mana-mana anak-anak syarikatnya atau syarikat-syarikat bersekutunya atau syarikat-syarikat berkaitan atau mana-mana pihak ketiga yang dibenarkan mengumpulkan data peribadi atau apa-apa maklumat yang merupakan hal perkara bagi Polisi Privasi ini. )

1. Persetujuan untuk Memproses dan Mengguna Data Peribadi

Data Peribadi dalam Polisi Privasi ini merujuk kepada apa-apa maklumat yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan seseorang individu, dimana individu itu dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat itu dan maklumat lain yang dalam milikan kami termasuk data peribadi sensitif (iaitu data peribadi terdiri daripada maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental, pendapat politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya, pelakuan atau pengataan pelakuan apa-apa kesalahan) dan penyataan pendapat tentang seseorang individu, di mana individu tersebut merujuk kepada mana-mana pelanggan atau pesakit kami atau individu-individu lain yang memberikan data peribadi atau apa-apa maklumat yang merupakan hal perkara bagi Polisi Privasi ini, termasuk individu yang bukan pelanggan atau bukan pesakit kami tetapi datanya diperlukan oleh kami atas sebab-sebab atau bersampingan dengan penyediaan perkhidmatan kami kepada pelanggan atau pesakit kami.

Ini adalah wajib bagi anda untuk membekalkan data peribadi anda kepada kami semasa anda mengguna khidmat kami dan sebelum kami memberikan perkhidmatan kami kepada anda. Dalam hal ini, dengan memberikan kami data peribadi anda dan menggunakan perkhidmatan kami secara berterusan, ini adalah disifatkan bahawa anda telah memberi persetujuan anda kepada kami untuk mengguna dan memproses data peribadi anda mengikut Polisi Privasi ini. Kegagalan untuk memberikan persetujuan anda akan menyebabkan kami gagal untuk memberikan atau meneruskan perkhidmatan kami kepada anda sebagaimana yang dikehendaki bagi kepentingan terbaik anda.

Berhubungan dengan data peribadi individu yang bukan pelanggan atau bukan pesakit kami tetapi datanya diperlukan oleh kami atas sebab atau bersampingan dengan penyediaan perkidmatan kami kepada pelanggan atau pesakit kami, pelanggan atau pesakit tersebut mengesahkan dan menjamin bahawa dia telah memperolehi persetujuan individu tersebut bagi data peribadi individu tersebut dikumpul dan diproses oleh kami, atau dalam keadaan di mana ini adalah tidak praktikal untuk mendapatkan persetujuan individu tersebut, ini adalah disifatkan bahawa individu tersebut telah memberikan persetujuannya kepada kami untuk mengumpul dan memproses data peribadi dia dengan meneruskan perkhidmatan kami terhadap pelanggan atau pesakit yang berkenaan.

Apabila kami perlu mengumpul data peribadi anda bagi tujuan yang tidak dinyatakan dalam Polisi Privasi ini, kami akan berusaha untuk memberitahu anda dan memperolehi persetujuan anda sebelum pengumpulan tersebut, atau dalam keadaan di mana ini adalah tidak praktikal untuk mendapatkan persetujuan anda, dengan secepat dan semunasabah yang mungkin selepas itu. Berhubungan dengan data peribadi sensitif anda, kami hanya akan menggunakan data peribadi sensitif anda dengan tujuannya memberikan perkhidmatan sepertimana yang diminta oleh anda (atau untuk memudahkan pemberian perkhidmatan kami) setakat mana yang dibenarkan di bawah Akta, dan dimana ini adalah praktikal,  kami akan berusaha untuk memberitahu anda dan memperolehi persetujuan anda sebelum memproses dan menggunakan data peribadi sensitif anda.

Anda mempunyai pilihan, pada bila-bila masa, menolak data peribadi anda dan/atau data peribadi sensitif anda diberikan kepada kami, atau membatalkan persetujuan anda untuk memproses atau menggunakan data peribadi dan/atau data peribadi sensitif dengan menulis kepada kami ke alamat yang dinyatakan dalam Seksyen 12 Polisi Privasi ini. Kegagalan untuk memberikan data peribadi tersebut atau pembatalan persetujuan anda akan menyebabkan kami gagal untuk memberikan atau meneruskan perkhidmatan kami kepada anda sebagaimana yang dikehendaki bagi kepentingan terbaik anda.

2. Jenis Data Peribadi

Kami memperolehi data peribadi anda melalui pelbagai cara dalam perjalanan biasa kami untuk melaksanakan Tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Polisi Privasi ini, dan ini merangkumi data peribadi yang diperolehi daripada anda melalui komunikasi kami dengan anda melalui pelbagai cara dan saluran, termasuk melalui pusat/pusat-pusat kami (termasuk mana-mana cawangan-cawangan), skim pemasaran kami, prosedur kemasukan, konsultasi, melalui internet atau surat, e-mel, telefon, faksimili atau mesej teks telefon bimbit anda. Kami juga memperolehi data peribadi anda daripada pihak ketiga sekiranya anda merupakan salah satu daripada kategori yang dirangkumi dalam Seksyen 9 Polisi Privasi ini dan juga daripada pihak ketiga yang diberikuasa (contohnya agensi-agensi rujukan kredit, agensi-agensi pengawalseliaan dan penguatkuasaan, institusi kewangan atau perbankan).

Jenis data peribadi yang kami kumpul berbeza mengikut skop perkhidmatan yang diguna khidmat oleh anda. Walau bagaimanapun, ini termasuk maklumat seperti berikut:

(a) Nama;
(b) Tarikh Lahir;
(c) Nombor pasport atau nombor kad pengenalan;
(d) Alamat rumah, nombor telefon, nombor faksimili atau alamat e-mel;
(e) Gambar;
(f) Umur, jantina , status perkahwinan atau status keluarga;
(g) Keturunan, bangsa, kewarganegaraan atau asal etnik;
(h) Agama atau kepercayaan agama , kepercayaan politik , persatuan atau aktiviti;
(i) Jenis darah, cetakan jari, ciri-ciri keturunan atau DNA;
(j) Sejarah pendidikan, pekerjaan atau sejarah pekerjaan;
(k) Sumber pendapatan atau keadaan kewangan, aktiviti atau sejarah;
(l) Maklumat yang berhubungan dengan butiran akaun bank atau maklumat-maklumat berkaitan yang diperlukan untuk pembayaran proses;
(m) Maklumat kesihatan peribadi (seperti yang ditakrifkan di bawah ini); dan/atau
(n) Maklumat-maklumat yang lain yang kami akan minta bila-bila masa untuk membolehkan kami memberikan atau meneruskan perkhidmatan kami dan/atau yang dikehendaki bagi melaksanakan Tujuan-tujuan seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 3 di bawah.

“Maklumat kesihatan peribadi” merujuk kepada apa-apa maklumat yang telah direkodkan  dan ini termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa nota kes, laporan makmal, radiograf dan maklumat lain-lain yang telah direkodkan mengenai seseorang individu berkaitan dengan:

(i) kesihatan atau sejarah penjagaan kesihatan individu tersebut;
(ii) penyediaan penjagaan kesihatan kepada individu tersebut;
(iii) apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pembayaran bagi penjagaan kesihatan yang disediakan kepada individu tersebut; atau
(iv) apa-apa maklumat yang dikehendaki untuk mendiagnosis, merawat atau mengekalkan keadaan fizikal atau mental individu tersebut, termasuk sejarah perubatan, peranti atau sebarang benda-benda yang lain menurut preskripsi.

(jenis data peribadi yang disenarikan di atas juga terpakai kepada pengumpulan data peribadi individu-individu yang bukan pelanggan atau bukan pesakit kami tetapi datanya diperlukan oleh kami untuk memudahkan pemberian perkhidmatan kami kepada pelanggan atau pesakit kami, setakat mana relevan dan terpakai, dan ini termasuk maklumat mengenai hubungan antara individu tersebut dengan pelanggan atau pesakit tertentu.)

Apabila kami mengumpul maklumat melalui laman web kami, kami secara automatik mungkin mengumpul maklumat yang bukan peribadi mengenai pengguna laman web, dimana maklumat tersebut tidak akan mengenal pasti identiti pengguna laman web tersebut, dan ini termasuk alamat Protokol Internet (IP) komputer anda, dan tarikh dan masa anda mengakses laman web kami (“maklumat bukan peribadi”). Kami akan menggunakan maklumat bukan peribadi tersebut untuk menyusun laporan pengesanan maklumat untuk pemahaman dan kajian kami untuk membolehkan kami memahami lebih baik keperluan pengunjung ke laman web kami. Identiti anda akan dikekalkan sebagai tanpa nama (anonymous) kecuali jika anda memilih untuk berkongsi maklumat dengan kami.

3. Tujuan-tujuan Data Peribadi Dikumpulkan

Kami mengumpul data peribadi anda bagi tujuan-tujuan berikut, di mana ini merangkumi tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

(a) untuk melaksanakan perkhidmatan dan/atau untuk melengkapkan transaksi di antara pelanggan atau pesakit kami dengan kami;
(b) untuk menjalankan operasi harian kami, dan memberikan perkhidmatan dan/atau kemudahan kami sebagai pusat perubatan;
(c) untuk memasarkan perkhidmatan dan/atau produk kami ;
(d) untuk penyelidikan pasaran dan analisis statistik dan tinjauan dengan tujuan memperbaiki perkhidmatan dan produk kami;
(e) untuk memperibadikan perkhidmatan dan produk kami;
(f) untuk menyenggarakan dan mengemaskini rekod kami;
(g) untuk bertindak balas terhadap permintaan atau aduan;
(h) untuk meningkatkan perkhidmatan kami dan untuk menguatkuasakan hak undang-undang kami;
(i) untuk menyokong perniagaan, kewangan dan pemantauan risiko, perancangan dan pembuatan keputusan kami; dan/atau
(j) bagi segala tujuan-tujuan lain yang berkaitan dengan apa-apa yang dinyatakan di atas tetapi tidak disebut secara khusus dalam Polisi Privasi ini.

Penggunaan data peribadi anda juga boleh dilanjutkan untuk tujuan-tujuan lain, termasuk untuk mematuhi segala undang-undang dan peraturan, mengelakkan penipuan atau aktiviti yang menyalahi undang-undang, dan menguatkuasakan atau membela segala hak-hak kami.

(semua tujuan yang dinyatakan di atas dalam Seksyen ini adalah secara kolektifnya dirujuk sebagai “Tujuan-tujuan”)

Kegagalan memberi data peribadi anda akan mengakibatkan kami tidak dapat melaksanakan atau menunaikan tanggungjawab kami berkenaan dengan Tujuan-tujuan sepertimana di dalam Polisi Privasi ini, dan ini termasuk kami tidak dapat memberikan atau meneruskan perkhidmatan kami demi kepentingan terbaik anda.

4. Penzahiran (Pendedahan) Data Peribadi

Tanpa menjejaskan sebarang kebenaran dan persetujuan yang telah diberikan oleh anda berhubung dengan atau menurut mana-mana terma, notis atau pernyataan yang memberi kuasa kepada kami untuk menzahirkan (mendedahkan) data peribadi anda, kami mungkin menzahirkan (mendedahkan), menyebar dan/atau memindahkan data peribadi anda kepada mana-mana anak-anak syarikat atau syarikat-syarikat bersekutu atau syarikat-syarikat berkaitan atau rakan perniagaan atau organisasi yang berkaitan dengan kami, atau kepada mana-mana organisasi atau pihak ketiga bagi tujuan menjalankan dan/atau memenuhi kewajipan kami berkenaan dengan Tujuan-tujuan dan/atau segala tujuan yang berkaitan dengan Tujuan-tujuan, termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana personel yang terlibat menjaga dan/atau dalam menyelaraskan perkhidmatan kepada pelanggan atau pesakit kami.

Kami juga boleh menzahirkan (mendedahkan) data peribadi anda kepada pembekal khidmat luar (termasuk tetapi tidak terhad kepada pusat-pusat penghantaran, syarikat-syarikat telekomunikasi, telepemasaran dan ejen jualan langsung, pusat-pusat panggilan, syarikat-syarikat pemprosesan data dan syarikat-syarikat teknologi maklumat) yang kami guna khidmat bagi tujuan menjalankan dan/atau memenuhi kewajipan kami berkenaan dengan Tujuan-tujuan dan/atau segala tujuan yang berkaitan dengan Tujuan-tujuan, setakat mana yang terpakai dan perlu.

Kami juga boleh menzahirkan (mendedahkan) maklumat anda kepada pihak-pihak ketiga lain di mana penzahiran (pendedahan) tersebut :

(a) diminta atau dibenarkan oleh anda;
(b) dibenarkan atau dikehendaki menurut undang-undang;
(c) dikehendaki untuk mematuhi apa-apa perintah kehakiman atau keperluan undang-undang;
(d) diperlukan untuk melindungi dan mempertahankan kami dan harta kami; dan
(e) bagi segala tujuan-tujuan yang lain yang bersampingan dan berkaitan dengan mana-mana yang dinyatakan di atas atau pemberian perkhidmatan kami kepada anda.

Dalam kes di mana penzahiran (pendedahan) melibatkan penzahiran (pendedahan) dan/atau pemindahan data peribadi anda ke tempat-tempat di luar Malaysia, anda bersetuju dengan penzahiran (pendedahan) dan/atau pemindahan tersebut di mana penzahiran (pendedahan) dan/atau pemindahan tersebut diperlukan untuk menjalankan dan menunaikan tanggungjawab kami bagi Tujuan-tujuan sepertimana di dalam Polisi Privasi ini.

Walau bagaimanapun, kami berusaha untuk menjaga kerahsiaan data peribadi anda yang dipegangi oleh kami, dan memastikan bahawa mana-mana anak-anak syarikat atau syarikat-syarikat bersekutu atau syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kami menjaga kerahsiaan data peribadi anda mengikut Polisi Privasi ini dan semua undang-undang perlindungan data yang berkenaan, setakat mana yang praktikal dan perlu.

5. Mengakses dan Mengemaskini Data Peribadi

Sila ambil perhatian bahawa ketepatan data peribadi anda yang diberikan kepada kami adalah penting. Anda mempunyai tanggungjawab untuk memaklumkan kami sebarang perubahan kepada data peribadi anda dan/atau sekiranya anda percaya bahawa data peribadi anda yang dipegangi oleh kami adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau bukan yang terkini.

Anda mempunyai hak untuk mengakses data peribadi anda mengikut peruntukan-peruntukan Akta tersebut. Kami mengesyorkan anda memberikan notis bertulis kepada kami dan/atau melengkapkan borang akses data, yang mana terpakai dan praktikal, apabila anda ingin meminta akses data peribadi anda. Sila ambil perhatian bahawa anda mungkin dikehendaki untuk memberikan kami maklumat tambahan semunasabahnya dan sebagaimana yang diperlukan atau dikehendaki di bawah Akta bagi kami memenuhi permintaan akses data anda.

Kami berhak untuk mengenakan bayaran yang munasabah untuk memproses sebarang permintaan akses data anda.

6. Keselamatan dan Perlindungan Data Peribadi

Kami akan mengambil langkah berjaga-jaga, secara pentadbiran dan teknikal, untuk melindungi data peribadi anda daripada kehilangan, kecurian, penyalahgunaan dan akses atau penzahiran (pendedahan) yang tidak dikuatkuasakan, dan juga pengubahan atau pemusnahan yang tidak dikuatkuasakan.

7. Pengekalan Data Peribadi

Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda selama yang diperlukan untuk memenuhi tanggungjawab kami bagi Tujuan-tujuan sepertimana di dalam Polisi Privasi ini dan segala tujuan yang lain yang berkaitan dengannya dan/atau untuk memenuhi tujuan-tujuan dimana data peribadi anda dikumpulkan atau untuk mematuhi undang-undang, peraturan dan keperluan dalaman. Selepas itu kami akan memusnahkan atau memadamkan secara kekal data peribadi anda.

8. Teknologi Penjejakan (Cookies) Dan Pautan ke Laman Web Lain

Kami akan menggunakan teknologi penjejakan (cookies) di laman web kami untuk membolehkan anda menetapkan keutamaan peribadi anda dan membantu kami memberi pengalaman pengguna yang lebih baik. Dalam hal ini, anda boleh memilih untuk menerima atau menolak teknologi penjejakan (cookies) sepertimana yang diizinkan oleh pelayar anda, tetapi penolakan teknologi penjejakan (cookies) mungkin akan menjejaskan penggunaan kemudahan dalam laman web kami atau urus niaga atau keupayaan anda untuk mengakses ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web atau sumber-sumber internet yang dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga yang lain. Apabila anda klik pada salah satu pautan tersebut anda menghubungi ke laman web atau sumber internet yang lain dimana kami tidak mempunyai sebarang tanggungjawab atau liabiliti berkenaan dengan kawalan ke atas laman-laman web atau sumber internet tersebut untuk mengumpul, mengguna atau di atas sebarang cara-cara untuk memproseskan data peribadi anda. Kemasukan laman web pihak ketiga dalam laman web kami tidak boleh dalam apa-apa cara dianggap sebagai pengesahan keatas kandungan, tindakan atau polisi laman web tersebut.

9. Data Peribadi Melibatkan Individu-Individu di bawah Umur Dewasa dan Orang Kurang Upaya

Seksyen ini terpakai dimana data peribadi yang dikumpulkan berkenaan dengan individu-individu berikut:

(a) Individu di bawah umur dewasa iaitu lapan belas (18);
(b) Individu yang kurang keupayaan untuk memberi atau menahan persetujuan

disebabkan oleh:

(i) kecacatannya untuk memahami dan mengekalkan bahan maklumat untuk memberi persetujuannya dan/atau untuk membuat apa-apa keputusan; dan/atau
(ii) dia tidak dapat mengguna dan menimbang maklumat dalam proses membuat keputusan; dan/atau
(iii) dia tidak sedarkan diri.

Sebagai tambahan dan tanpa menjejaskan peruntukan-peruntukan Polisi Privasi ini, data peribadi individu seperti yang disenaraikan di atas di dalam Seksyen ini akan dikumpulkan oleh kami mengikut peraturan-peraturan, dasar dan garis panduan. Sekiranya kami menyedari bahawa data peribadi individu tersebut telah dikumpulkan dengan melanggari sebarang peraturan-peraturan, dasar dan garis panduan, kami akan berusaha untuk membuat pembetulan yang diperlukan untuk mematuhi peraturan-peraturan, dasar dan garis panduan.

10. Pengalaman Pesakit

Kami akan mengumpul cerita dan/atau pengalaman anda yang telah dikemukakan atau dikeluarkan melalui domain awam menurut temu bual yang dikendalikan oleh pihak ketiga atau media social (dimana temu bual tersebut akan dikendalikan melalui pelbagai cara merangkumi tetapi tidak terhad kepada telefon atau e-mel), dan berkongsi atau menerbitkan cerita dan/atau pengalaman tersebut dalam laman web kami atau dalam apa-apa bahan pemasaran, merangkumi tetapi tidak terhad kepada sebarang bahan bercetak atau media social.  Cerita dan/atau pengalaman tersebut mungkin akan mengandungi maklumat am yang boleh mengenal pasti identiti individu tersebut (termasuk nama dan umurnya) dan jawapan terhadap soalan-soalan yang berkaitan dengan status kesihatannya, di mana persetujuan untuk ditemu bual dan data peribadinya digunakan bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan diatas akan diperolehi sebelum itu. Pesakit diberi pilihan untuk menolak persetujuan mereka bagi menjalankan temu bual tersebut dan mengunaakan data peribadinya untuk tujuan tersebut.

11. Kemaskini dan Perubahan Kepada Polisi Privasi Ini

Kami berhak untuk meminda dan mengemaskini Polisi Privasi ini dari semasa ke semasa. Polisi Privasi ini bersama-sama dengan apa-apa perubahan, pindaan atau kemaskini akan dipaparkan di laman web kami (http://www.klsmc.com).

Polisi Privasi ini akan disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia (versi Bahasa Malaysia akan disediakan dalam masa terdekat). Jika terdapat apa-apa ketaktekalan antara kedua-dua versi ini, versi Bahasa Inggeris akan digunapakaikan.

12. Menghubungi kami

Jika anda perlu menghubungi kami mengenai apa-apa soalan atau kebimbangan mengenai Polisi Privasi ini, sila menghubungi atau menghantar e-mel kepada kami di nombor telefon dan alamat e-mel seperti di bawah:

Kuala Lumpur Sports Medicine Centre Sdn Bhd
Tingkat 7 , Wisma Perintis ,
47 Jalan Dungun ,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur.
Tel: 603-2096 1033
Faks: 603-2093 9700
E-mel: enquiry@klsmc.com