• Pengimejan Muskuloskeletal

  • MBBCh, BAO (Ireland), FRCR (UK), M. Med. Rad. (UKM), AM (Malaysia)

  • Tingkat 1, KLSMC

  • Jadual Dr. Shahrin

    Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    PTG PTG PTG
    AM ( 9am to 1pm ) | PM ( 2pm to 5pm )

  • Mengenai Dr. Shahrin

    • Sub-pakar khusus dalam pengimejan muskuloskeletal.
    • Mendapat latihan di Royal College of Surgeons, Dublin. Membuat laporan radiograf, MRI dan menjalankan ultrasound termasuk prosedur campur tangan (interventional).

    Selepas menamatkan pendidikan menengah di Kota Baru, Kelantan, Dr. MERICAN melanjutkan pengajian di United World College of South East Asia (UWCSEA) di Singapore. Beliau kemudian melanjutkan pengajian dalam kajian perubatab di Dublin, Ireland dan berkelulusan dari Royal College of Surgeons di Ireland pada 1985. Beliau kembali ke Malaysia pada 1986 dan memulakan latihan dalam radiologi di Hospital Universiti Kuala Lumpur pada 1989. Beliau memperolehi Sarjana Perubatan (Radiologi) dari UKM dan melanjutkan latihan di Queen’s Medical Centre di Nottingham, UK. Pada 1991, Dr. MERICAN memperoleh Fellowship of the Royal College of Radiologists dan berkhidmat sebagai ahli radiologi negara Brunei dari 1994 hingga 1996.

    Pada 1996 Dr. MERICAN kembali ke Kuala Lumpur dan bertugas sebagai Pakar Radiologi di Gleneagles Intan Medical Centre. Setelah banyak mambantu pakar bedah ortopedik di Gleneagles, beliau mula membina kecenderungan dalam radiologi muskuloskeletal, suatu subpengkhususan yang kian pesat maju sedekad yang lampau, sejajar dengan pendewasaan teknologi MRI dan kemajuan transduser ultrasound frekuensi tinggi. Demi usaha memperkasa kemahiran dan pengetahuan dalam bidang yang diminati, beliau mengikuti pelbagai kursus dalam dan luar negara di samping menemui dan menuntut ilmu daripada pakar seperti Dr. John Read di Sydney, Australia. Beliau bekerja rapat dengan Dr. SAW dan Dr. TAY dalam korelasi artroskopik terhadap sebarang penemuan berkaitan radiologi.