Call Now!

KLSMC

KLSMC ditauliah sebagai Pusat Kecemerlangan Perubatan AFC

  • Home
  • News
  • KLSMC ditauliah sebagai Pusat Kecemerlangan Perubatan AFC
Dr. Saw Khay Yong (kiri) bersama Jawatankuasa Perubatan AFC, Datuk Dr. Gurcharan Singh (dua dari kiri) dan Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John (tiga dari kiri) melawat pesakit dan memantau perkhidmatan yang disediakan di KLSMC selepas ditauliahkan sebagai Pusat Kecemerlangan Perubatan AFC.

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur (KLSMC) ditauliahkan sebagai Pusat Kecemerlangan Perubatan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang pertama di Asia.

KLSMC dan klinik perubatan sukan yang bekerjasama dengan pusat berkenaan, Klinik Setia terletak di Jalan Gombak, dianugerahkan sebagai pusat perubatan pilihan bagi memberi rawatan kepada pemain bola sepak di rantau ini, oleh Presiden AFC Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa.

Dalam ucapannya, Shaik Salman berkata AFC komited untuk memperluaskan skop dan akses kepada pemain bagi mendapatkan penjagaan dan rawatan bertaraf dunia.

“Visi dan misi AFC menyatakan bahawa hasrat kami adalah untuk memastikan kejayaan bola sepak Asia dan perubatan sukan memainkan peranan penting dalam menyempurnakan objektif tersebut.

Presiden AFC, Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa, menyampaikan anugerah kepada Pengasas dan Pengarah Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur (KLSMC), Dr. Saw Kay Yong, serta Pakar Perubatan Sukan tersohor, Dato’ Dr. Gurcharan Singh, dengan kehadiran Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Amin.

“Ia juga merintis jalan bagi meningkatkan kemampuan pengamal perubatan melalui kerjasama yang baik, berkongsi pengetahuan saintifik serta pembinaan keupayaan dalam perubatan,” katanya.

Pusat Kecemerlangan Perubatan AFC dilancarkan pada 2017 dengan tujuan untuk memastikan pemain bola sepak diberikan diagnosis, rawatan dan pemerhatian selepas menjalani rawatan.

Pentauliahan itu diberikan kepada pusat perubatan yang menunjukkan kepimpinan dalam klinikal, kepakaran penyelidikan dan pendidikan, langkah pencegahan kecederaan serta pengalaman dalam menguruskan kecederaan pemain bola sepak di peringkat tertinggi.

Sementara itu, Pengasas KLSMC yang juga Pengarah KLSMC, Dr Saw Khay Yong berkata, dengan pengiktirafan AFC itu, beliau percaya, KLSMC mampu meletakkannya dalam kedudukan sebagai pendahulu dalam perubatan sukan, bukan sahaja di rantau ini tetapi juga di dunia.

“Sebagai salah sebuah pusat perubatan terkemuka di Malaysia, kita digalakkan mematuhi dan menggunakan piawaian perubatan dan penjagaan kesihatan yang tertinggi.

“Kita sangat berbangga dapat meletakkan Malaysia di pentas antarabangsa dalam penyediaan rawatan untuk kecederaan berkaitan sukan dan penjagaan terhadap atlet,” katanya.-BERNAMA

Share:

KLSMC is a specialist hospital based in Kuala Lumpur, Malaysia, with a strong focus on orthopaedics, regenerative treatments, and physiotherapy rehabilitation. Our dedicated team of medical professionals is committed to helping patients regain mobility and enhance their quality of life through personalised and evidence-informed care.​

KLSMC is a specialist hospital based in Kuala Lumpur, Malaysia, with a strong focus on orthopaedics, regenerative treatments, and physiotherapy rehabilitation. Our dedicated team of medical professionals is committed to helping patients regain mobility and enhance their quality of life through personalised and evidence-informed care.​