Pain mgmt feature

Kesakitan Kronik sejenis penyakit… Tamatkan penderitaan kesakitan sekarang.

Kesakitan kronik merupakan sejenis penyakit yang dialami oleh berjuta-juta orang di kalangan kita. Tetapi, hanya kurang daripada 2% daripada golongan ini dirawat oleh pakar kesakitan. Ini kerana kebanyakan pesakit beranggapan bahawa kesakitan kronik tidak dapat dirawati. Oleh itu, mereka terpaksa menderita.

Melalui penggunaan perubatan yang baru, suntikan bersasaran jangka pendek dengan anestetik tempatan, steroid dan neuromodulation (prosedur untuk mengubah persepsi dan sensasi kesakitan), pengurusan kesakitan yang efektif telah menjadi realiti.

Kesakitan kronik lazim

  • Sakit Leher (spondylosis serviks)
  • Sakit belakang dan kaki (lumbar spondylosis)
  • Whiplash
  • Migrain
  • Sakit kepala Kluster
  • Sakit saraf
  • Sakit yang berterusan selepas pembedahan
  • Sakit yang berkaitan dengan penjagaan pallitive

Rawatan yang ditawarkan

  • Akupunktur Perubatan
  • PENS
  • TENS
  • Suntikan pada sendi
  • Frekuensi radio
  • Suntikan sacroiliac
  • Penghalangan saraf akar terpilih
  • Caudal epidurals
  • Epidurolysis
  • Rangsangan tulang belakang
  • Implan intrathecal

Kesakitan Kronik (Chronic Pain)

Kesakitan kronik (sakit yang berterusan melebihi 3 bulan) boleh disebabkan oleh kecederaan pada saraf, sendi, otot dan ligamen. Apabila tidak dirawat, kesakitan akut berterusan akan menghantar mesej dan isyarat sakit secara berulangan ke bahagian otak. Keadaan ini akan menyebabkan kesakitan kronik.

Cara rawatan kesakitan kronik termasuk analgesia, ubat anti saraf, diagnostik dan suntikan terapeutik di sekitar saraf. Cara-cara rawatan tersebut boleh memecahkan kitaran kesakitan dan membolehkan pemulihan atau rehabilitasi.

Neuromodulation
Neuromodulation, salah satu rawatan untuk kesakitan kronik, melibatkan rangsangan langsung pada sistem saraf dengan isyarat elektrik. Saraf periferal merupakan pembawa isyarat dari saraf tunjang ke semua bahagian badan. Simulator saraf periferal digunakan untuk mengedarkan dedenyut elektronik langsung ke gentian saraf periferal di kawasan kesakitan kronik. Rawatan ini berfungsi untuk mengelirukan penghantaran isyarat sakit ke bahagian otak, dan terus mengakibatkan pengurangan persepsi kesakitan dari otak.

pens
Rawatan baru – Percutaneous Electrical Nerve Stimulation (PENS)
PENS berkonsep hampir sama dengan Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation (TENS). TENS menempatkan elektrod pada kawasan yang terjejas, manakala PENS memasukkan jarum di sekeliling atau bersebelahan dengan saraf dari kawasan yang sakit. PENS menggabungkan faedah akupunktur dan TENS. Rawatan ini telah diiktirafkan oleh Kementerian Kesihatan.
Kesakitan berulangan yang tidak dirawat akan mengakibatkan sakit kronik meluas.

Kesakitan Meluas (Widespread Pain)

‘Central sensitisation’ berlaku apabila isyarat sakit berulangan dibiarkan sehingga kawasan yang luas pada bahagian otak terjejas. Ini menyebabkan kesakitan pada bahagian badan secara meluas. Ia boleh disebabkan oleh kecederaan pada otot (fibromyalgia), saraf (sakit neuropathic) atau sakit sendi kompleks (artritis). Segologan orang lebih terdedah kepada sakit demikian, contohnya orang yang berpenyakit usus, sakit kepala kronik, keletihan kronik dan gangguan saraf yang lain-lain.

Rawatan Kesakitan Meluas termasuk farmakoterapi, rawatan fizikal, pemulihan, terapi relaksasi, dan apabila diperlukan, prosedur invasif minimal.

Pesakit dinasihatkan untuk melengkapkan fail PDF yang dilampirkan sebelum temujanji dengan Doktor.

Muat Turun Penilaian Kesakitan

  • Jika anda ingin membuat temujanji, sila dail +603 2096 1033 atau hantar email menerusi pautan berikut.

  • Buat Temujanji

Pakar Kesakitan Kronik

Dr. Maya NAGARATNAM
Dr. Maya NAGARATNAM
MBBS (Lon) FRCA (UK) FFPMRCA (UK)

Dr. Gopinathan RAJU
Dr. Gopinathan RAJU
MBBS (India), M.Anaesthesiology (UM), AM (Mal), FFPMANZCA (AUS), Pain Medicine Fellowship (AUS) Certificate of Completion, (Subspecialty) Pain Management (MOH)