klsmc_foot_ankle

Di KLSMC, kami merawat pelbagai gangguan terhadap kaki dan buku lali merangkumi masalah degeneratif dan artritik hingga kepada fraktur dan kecederaan sukan.

Kami menawarkan pelbagai rawatan tanpa pembedahan, contohnya Orthotiks (sisip kasut khas dipadankan dengan bentuk kaki), Fisiotherapi, Pemulihan serta lain-lain teknik termaju. Pembedahan hanya akan disarankan setelah pengurusan konservatif gagal mencapai keputusan yang diharapkan.

Masalah Lazim

  • Masalah tendon achilles (tumit) dan buku lali terseliuh
  • Masalah penyantakan saraf pada kaki dan pergelangan kaki
  • Fractur pada kaki dan pergelangan kaki
  • Gangguan dan kecacatan pada ibu jari kaki termasuk haluks valgus (bunion)
  • Kaki rata atau kaki melengkung tinggi
  • Artritis reumatoid dan osteoartritis

f_a

Rawatan

  • Fisiotherapi dan pemulihan
  • Pembentukan semula depan, tengah dan belakang kaki
  • Artroskopi Pergelangan Kaki dan pembaikan ligamen yang robek
  • Pembaikan akibat robekan yang akut dan kronik pada tumit
  • Pengurusan fraktur dan pelekapan kaki dan pergelangan kaki
  • Pembetulan bunion dan lain-lain kecacatan kaki dan pergelangan kaki

Apabila diperlukan, kami boleh preskrib dan padan pasang ortotiks yang sedia ada untuk diguna bagi merawat pelbagai masalah kaki dan buku lali. Pesakit yang memerlukan ortotiks dan kasut yang padan ikut kesesuaian akan dirujuk kepada pakar ortotiks (orthotist) yang berkelayakan.

  • Jika anda ingin membuat temujanji, sila dail +603 2096 1033 atau hantar email menerusi pautan berikut.

  • Buat Temujanji

Pakar Bedah Kaki & Pergelangan Kaki

Dr_Low_small
Dr. LOW Tze Choong
MBBS (Singapore), FRCS (Edinburgh)