• Atroskopi Lutut dan Bahu dan Penggantian Sendi Lutut Dewasa

  • MBBS (Malaya), MS Orth (UM), FRCS (Edinburgh)

  • Tingkat 1, KLSMC

  • Jadual Klinik Dr. Tay

    Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    PAGI PAGI
    PTG
    PAGI ( 9pagi to 1ptg ) | PTG ( 2ptg to 5ptg )

  • Mengenai Dr. Tay

    • Subpakar khusus dalam artroskopi bahu dan lutut, dan penggantian sendi lutut dewasa (Penggantian separa/unicondyler dan Penggantian total)
    • Melanjutkan latihan artroskopi di Steadman and Hawkins Clinic in Vail, Colorado
    • Melakasanakan sekitar 150 kes penggantian lutut setiap tahun semenjak 10 tahun lalu dengan beroleh hasil baik dan cemerlang.

    Dr. TAY Yong Guan berasasl dari Muar, Johor, memperoleh ijazah perubatan dari Kajian Perubatan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 1989. Setelah berkhidmat selama tiga sebagai Pegawai Perubatan, beliau melanjutkan pelajaran dan memperoleh Sarjana Pembedahan Ortopedik serta Fellowship dari College of Surgeons of Edinburgh (FRCS) pada 1994.

    Dari 1997 hingga 2000, beliau bertugas sebagai pensyarah dan pakar bedah ortopedik di Jabatan Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Universiti Malaya. Beliau menimba latihan dalam pembedahan lutut dan bahu di beberapa institutusi di Amerika Utara dan berjaya menyempurnakan kursus lanjutan artroskopi di Steadman and Hawkins Clinic di Vail, Colorado pada Ogoss 1997. Beliau kemudian menjalankan tugasan attachment atau sangkut selama dua bulan dengan Dr. David A McGuire, seorang ahli artroskopi lutut dan pakar panel di Arthroscopy Association of North America (AANA).

    Pada Mei 1998, Dr. TAY berkhidmat sebagai AO International Fellow di Sunnybrook Health Science Centre, Toronto, di bahawa penyeliaan Profesor Joseph Schatzker dan kemudian dengan seorang pakar bedah artroskopik bahu, Dr. Anthony Miniachi,. Pada 2003, beliau menemui Dr. Joe De Beer di Cape Shoulder Institute di mana beliau menyaksikan rawatan dijalankan terhadap para pemain ragbi pasukan kebangsaan Afrika Selatan yang dikenali dengan nama jolokan ‘the Springboks’.

    Dr. TAY menamatkan perkhidmatan dengan universiti pada tahun 2000 dan menyertai perkhidmatan swasta di Gleneagles Intan Medical Centre. Beliau memberi pengkhususan dalam pelbagai jenis pembedahan lutut, daripada pembedahan invasif (artroskopi) hinggalah kepada binaan semula ligamen yang lebih kompleks serta pembedahan terbuka iaitu Penggantian Total Lutut. Kini minat beliau terkhusus kepada memberi rawatan kecederaan articular pada lutut. Dr. TAY juga seorang ahli aktif dengan pelbagai pertubuhan ortopedik dan perubatan di Malaysia di samping menjadi ahli gabungan dengan American Association of Orthopaedic Surgery (AAOS). Beliau bekerjasama rapat dengan banyak badan sukan termasuk Majlis Sukan Negara dan pasukan ragbi COBRA. Masa santainya diisi dengan permainan dan menyertai perlawanan skuasy, tenis dan badminton. Beliau juga minat bermain golf dan sukan meluncur salji (alpine skiing).