• Artroskopi Lutut dan pertumbuhan semula rawan artikular dengan sel-sel stem

  • MB Chb (Liverpool), MCh Orth (Liverpool), FRCS (Edinburgh)

  • Tingkat 8, KLSMC

  • Jadual Klinik Dr. SAW

    Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    PAGI PAGI
    PTG PTG
    PAGI ( 9pagi to 1ptg ) | PTG ( 2ptg to 5pagi )

  • Mengenai Dr. Saw

    • Sub-pegkhususan dalam Artroskopi lutut dan pertumbuhan semula rawan artikular dengan sel-sel stem.
    • Terlatih di University of Liverpool.
    • Beliau menerima pengiktirafan terpuji dan pelbagai anugerah dalam bidang perubatan regeneratif bagi kecederaan rawan lutut.

    Dr. SAW Khay Yong merupakan pengasas dan rakan kongsi senior di Kuala Lumpur Sports Medicine Centre (KLSMC). Dilahirkan di Pulau Pinang, beliau mendalami bidang perubatan di Liverpool University Medical School dari 1979-1984. Ketika menjalani tempoh fellowship pembedahan am, beliau telah melaksanakan siri pembedahan secara pusingan giliran meliputi pembedahan am, pembedahan vaskular, pembedahan plastik dan pembedahan rekonstruktif serta pembedahan tangan dan mikropembedahan.

    Pada 1990, Dr. SAW memulakan kerja penyelidikan mengenai ‘Early mobilization following operative repair of ruptured Achilles tendon’ dan berjaya menerbitkan hasil penyelidikan tersebut pada 1993. Semenjak itu, hasil kerja beliau diperakui sebagai kaedah rawatan terbaru dan lebih baik yang terus diguna pakai di wilayah Barat Laut England. Pada 1993, beliau menyempurnakan Masters in Orthopaedic Surgery (MCH Orth) di Liverpool University Medical School, England. Beliau muncul pemenang hadiah Norah Walker kerana kecemerlangn dalam radiologi orthopedik. Tesis penyelidikan bertajuk ‘Early mobilization following operative repair of ruptured Achilles tendon’ itulah yang membantu beliau memenangi hadiah cemerlang tersebut.

    Setelah kembali ke Malaysia pada 1994, beliau memegang jawatan pensyarah ortopedik di Hospital Universiti Kuala Lumpur. Beliau memulakan Klinik Sukan di Hospital Universiti dan selanjutnya memajukan bidang pembedahan artroskopik. Dari 1994 hingga 1997, beliau mengendalikan pelbagai kursus mengenai asas trauma mengikut prinsip-prinsip AO. Dari 1996 hingga 2000, beliau dipertanggung jawab mempelopori dan mengepalai pendidikan AO di Malaysia serta menjadi jurulatih AO bagi kursus lanjutan di Davos, Switzerland.

    Beliau beralih ke perkhidmatan swasta apabila menyertai Gleneagles Intan Medical Centre, Kuala Lumpur pada 1997. Ketika awal penglibatan, beliau khusus menjalankan rawatan ortopedik am dengan kecenderungan kepada kecederaan sukan dan pembedahan artroskopik. Kini beliau fokus hanya kepada pembedahan artroskopik lutut dan bahu. Dr. SAW memberi tumpuan penglibatan sebanyak 95 peratus kepada pembedahan artroskopik lutut dan bahu. Purata setahun beliau mengendali antara 80 hingga 100 kes pembedahan artroskopik lutut, 80 hingga 100 kes pembangunan semula ligamen krusiat anterior (Anterior Cruciate Ligament), 30 hingga 50 kes bahu dan 10 hingga 20 kes lain-lain pembedahan termasuk pembangunan semula pelbagai ligamen, trauma dan aneka osteotomi di sekeliling lutut. Beliau adalah Pakar Bedah Ortopedik Perunding dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Institut Sukan Negara. Antara latar belakang para pesakit beliau meliputi 5 hingga 10% atlit profesional, manakala selebihnya adalah ahli sukan rekreasi.