ABOUT KLSMC

Selamat Datang ke Kuala Lumpur Sports Medicine Centre (KLSMC)

Kuala Lumpur Sports Medicine Centre (KLSMC) – hospital swasta sehenti untuk rawatan kecederaan sukan. Perkhidmatan kami termasuk pembedahan ortopedik, fisioterapi, pengimejan MRI dan hidroterapi. KLSMC menggunakan teknologi moden bidang perubatan sukan dan memberi tumpuan kepakaran khusus kepada rawatan kecederaan bahu, lutut, tangan, kaki, pinggul dan tulang belakang. Pembedahan artroskopik dan penggantian lutut adalah antara pembedahan yang lazim dijalankan di sini.

Apakah pengalaman yang bakal anda hadapi?

Intensi kami adalah untuk memperkayakan pengetahuan pesakit tentang tahap keadaan mereka, seterusnya melibatkan pesakit secara langsung dalam proses rawatan dan penjagaan yang lengkap. Kami mengenali kepentingan kerja berpasukan dalam proses rawatan. Oleh itu, , kami sentiasa memastikan kerjasama sesama pesakit, doktor dan pakar terapi agar mencapai matlamat bersama.

Tahap Penjagaan Lebih Unggul

Tumpuan kami ialah Kesihatan, Kecerdasan dan Kesejahteraan khasnya pada sistem muskuloskeletal atau rangka otot.

Kami mengkhusus dalam:

  • Pemeriksaan dan evaluasi yang komprehensif.
  • Diagnosis yang segera dan tepat.
  • Program rawatan dan terapi yang diubahsuai mengikut keadaan setiap pesakit dengan mengguna teknologi canggih dan kelengkapan bertaraf dunia.
  • Rawatan pembedahan dan regim terapi pasca (selepas) pembedahan yang moden.

Khidmat penjagaan bermutu tinggi yang serba mesra dan prihatin

Pasukan kami terdiri daripada ahli terlatih dalam bidang Perubatan Sukan dan Ortopedik yang berupaya menawarkan khidmat rawatan dan penjagaan yang bermutu tinggi.

  • Pakar Bedah Ortopedik, Pakar Perubatan, Pakar Radiologis dan lain-lain Perunding
  • Ahli Fisioterapi dan Jurupulih Pekerjaan
  • Jururawat dan Jururadiografi
  • Pegawai Perkhidmatan, Pentadbir dan Pengurus

Kesemua pakar bedah dan doktor kami terlatih di dalam dan luar negara. Oleh itu, doktor-doktor berupaya menawarkan perspektif rawatan perubatan yang luas dan seimbang.